KUALA LUMPUR: Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah selepas pentadbiran Presiden AS Joe Biden memutuskan mengenai pengeluaran rizab minyak mentah untuk meredakan harga minyak yang melambung tinggi, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2100/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2055 pada penutupan Khamis.
Dilaporkan bahawa kerajaan AS akan mengeluarkan satu juta tong minyak sehari dari Rizab Petroleum Strategik untuk tempoh enam bulan dalam usaha menurunkan harga bahan api dan meredakan kebimbangan berlakunya kekurangan selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pada masa yang sama, kerajaan Rusia turut menegaskan bahawa bayaran untuk import gas adalah dalam rubel atau ia akan mengurangkan bekalan, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Benama.
Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent susut 4.88 peratus kepada US$107.91 setong.
Mohd Afzanizam berkata tempoh suku pertama 2022 sangat tidak menentu dan konflik ketenteraan, yang bermula pada 24 Feb, telah menambahkan lagi dimensi kepada ketidaktentuan pasaran.
"Ia amat meresahkan pasaran," kata Mohd Afzanizam sambil menambah indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.53 peratus kepada 98.312 mata kerana pelabur mata wang mencari perlindungan daripada ketidaktentuan pasaran.
Dalam pada itu, pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia hari ini bermakna aktiviti ekonomi berkemungkinan lebih rancak pada masa hadapan dan ia akan membantu mempercepatkan permintaan domestik.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5303/5355 daripada 5.5158/5197 pada Khamis dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.4477/4513 daripada 3.4472/4502 sebelumnya.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6592/6636 daripada 4.6698/6732 pada penutup semalam, dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.1033/1065 daripada 3.1033/1060 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Pada 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2100/2140 berbanding dolar AS. - Foto fail
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.